Thursday 8 October 2015

Kerjaya sebagai Kontraktor Perumahan

Skop Kerjaya dan definisi

Pemaju Perumahan yang tidak diperlukan lesen -

Golongan ini membangunkan projek-projek perumahan yang mengandungi 4 unit rumah atau kurang dan tidak diperlukan lesen pemajuan perumahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Mereka dimenali sebagai 'Kontraktor Perumahan' dan projek mereka pada umumnya tidak menyediakan infrastruktur lengkap seperti jalan Tar atau sistem saliran atau kemudahan lain seperti surau atau taman permainan.

Keperluan asas untuk menjadi Kontraktor Perumahan

a) Syarikat atau entiti perniagaan berdaftar

i) Syarikat Persendirian /Perkongsian
Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956-boleh ditubuhkan secara terus di SSM mengambil masa cuma 3-5 jam proses sebelum keluar nombor pendaftaran syarikat. Harga pendaftaran cuma RM 70 untuk sesebuah syarikat.
Contohnya seperti syarikat saya , saya mendaftar di SSM di Plaza Alam Sentral,Shah Alam, Selangor.
Laman web rasmi www.ssm.com.my

*1 Saya akan lampirkan borang pendaftaran Persendirian

Cara-caranya : Perlu fikirkan 3 nama syarikat yang sesuai
Saya cadangkan guna nama syarikat yang mudah diingati dan melambangkan  jenis perniagaan kontraktor perumahan .

Contohnya;

1.Bina Unggul Enterprise
2.Mahligai Impian Enterprise
3.Imej Persada Resources

2.Dalam meletakkan jenis-jenis perniagaan : letakkan Kontraktor Perumahan,( tambahan pembekal bahan-bahan binaan,membekal pokok pokok hiasan dan kerja-kerja landskap.

ii) Syarikat Sendirian Berhad- (Private Limited Company ) didaftar di bawah akta Syarikat 1965 -dengan minima 2 orang pengarah dan perlu diperbadankan dengan menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat Berdaftar .Yuran pendaftaran adalah sekitar RM 3,000 bagi syarikat modal berbayar dari RM 100,001-RM 500,000.

Bagi pendapat saya untuk lebih menyakinkan pelanggan sesuai menubuhkan syarikat sendirian berhad kerana persepsi pembeli akan lebih yakin dan sangat-sangat membantu dalam aspek pemasaran dan jualan.
Dari segi liabiliti , pengarah akan selamat jika apa-apa berlaku Syarikat yang akan menanggung liabiliti berbanding syarikat Persendirian yang mempunyai liabiliti tidak terhad.Yang mana jika ini berlaku pemilik persendirian akan menanggung semua liabiliti syarikat.

No comments:

Post a Comment