Bila sebut jutawan..semua macam naik ghairah..
Tetapi berbeza dengan buah hati sorang ni...cukuplah sekadar hidup selesa dan senang.
Ada gaji RM 10,000 sebulan lebih 'cover' semua perbelanjaan dan komitmen bulanan terutamanya
kepada ibubapa.
Memang sukar suasana sekarang ..semua kos barang naik..tol naik..minyak petrol naik.
Dengan bermula GST sejak 1 April 2015 menambah derita rakyat.
Dalam kepala tercari-cari macamana nak dapatkan pendapatan tetap,pendapatan sampingan dan lain-lain komisen.
Untuk bekerja perlukan tahap pendidikan tinggi,rajin dan jadi orang yang menurut kata orang atasan.
Adat makan gaji kerja dulu baru dapat gaji.Tiap-tiap bulan gaji yang tinggi perlu potong cukai pendapatan dulu.
Berbeza dengan buat bisnes cukai pendapatan lepas tolak semua kos,perbelanjaan untuk rugi.
Melalui bisnes , pemegang harta individu akan meletakkan harta ke dalam aset syarikat.
Lebih menguntungkan dan menjamin untuk jangka masa panjang.
Saya akan mendalami investment holding tidak lama lagi.
Apa yang perlu pada awalnya pendapatan tetap kemudian kumpul modal.Destinasi jutawan memang seronok dan membanggakan.Tidak salah dan tidak rugi hidup dalam impian setiap hari.
Nak jadi jutawan perlu ada perancangan yang teliti lebih teliti dari membina sebuah rumah tetapi teliti seperti membangunkan sebuah bandar.
Perancangan mungkin meliputi puluhan tahun.Namun tindakan dan matlamat kecil perlu dicapai secara berfasa.Ohh..tersergam Bandar TerraLand Prestige..satu angan-angan yang indah.
Saya tengah belajar mendapatkan ilmu,kemahiran,kaedah,magic atau shortcut untuk berhubung dengan manusia dan alam demi mewujudkan satu bandar maju berkiblatkan Allah.
Yang mana kita Muslim tidak perlu lagi bekerja 24jam ,kerana terjerat dalam fitnah riba dan fitnah dunia.
Kegembiraan,kebahgiaan,ketenangan boleh dicapai dengan makhluk dan ciptaan yang ada di dunia.
Dengan melancong kita mendapatkan kepuasan melihat dan mengenal ciptaan Allah yang agung.
Wang bukanlah segalanya tetapi perantara @ ukuran nilai.
Ingin jadi jutawan berikan lebih nilai lebih kepada sejuta orang.Fikirkan mudah.Rasakan semuanya mudah.Kita berusaha.Allah lah penentunya.
Menjadi jutawan itu MUDAH perlukan cara,sistem,teknik jutawan.
Belajar dengan yang dah jadi JUTAWAN ..Jadi siapakah orang itu dalam circle of influence anda ??
No comments:
Post a Comment