Thursday 8 October 2015

Peranan dan kepentingan kontraktor perumahan

Sebagai kontraktor perumahan yang bergerak dalam skala kecil tetapi sumbangan mereka penting untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
Pemaju -pemaju kecil dan sederhana ( Pemaju PKS) mampu membina rumah dengan lebih cepat , teratur dalam skala kecil.Kita dapat lihat 90% rumah-rumah di Kelantan dibina oleh Pemaju PKS.

Antara peranan lain adalah kontraktor Perumahan dapat memberikan pilihan rekaan rumah yang lebih bercorak individu mengikut citarasa pembeli.Persaingan yang sihat dalam industri ini akan menjadikan harga rumah lebih murah kerana kos pengurusan perumahan tidak besar seperti Pemaju Perumahan besar seperti Glomac Berhad dan MK Land Berhad.

Dengan ini walaupun dalam skala kecil Kontraktor Perumahan dapat menyediakan rumah untuk penduduk setempat dengan lebih cepat kerana kos-kos infrastuktur lebih rendah berbanding mewujudkan infrastruktur untuk suatu projek 'Township'.

Melalui kontraktor perumahan Melayu mereka dapat membantu rata-rata orang Melayu yang masih rendah pemilikan rumah pertama.Disebabkan 'permainan' sesetengah pemaju perumahan asing kouta bumiputera sering tidak dapat dimiliki oleh pembeli Melayu sendiri walaupun mereka cukup berkelayakan.

No comments:

Post a Comment