Thursday 8 October 2015

"Rahsia Kontraktor - Panduan langkah demi langkah menjadi pemaju perumahan"

    Bilangan penduduk yang semakin meningkat di bandar bandar menyebabkan permintaan terhadap rumah kediaman semakin meningkat.

Di sini peranan utama pemaju perumahan untuk menyediakan rumah kediaman kepada pembeli mengikut kehendak pasaran semasa.

Dalam topik ebook ini saya akan fokuskan aspek pemaju perumahan secara kecil-kecilan atau Kontraktor Perumahan.

Untuk menjadi kontraktor perumahan adalah lebih mudah berbanding menjadi pemaju perumahan.
Apa yang perlu kontraktor perumahan lakukan adalah pemerolehan tanah dan merancang serta menguruskan pelaksaan projek dengan baik.

Konsep utama kontraktor perumahan atau pemaju perumahan tanpa lesen adalah membina sesuatu projek tidak melebihi empat ( 4 ) unit rumah dalam satu projek atau lot tanah . 
Hampir semua kerja-kerja yang terlibat dalam pembangunan 4 unit rumah ini dilakukan ( outsourced) oleh orang lain seperti 
> Jurukur Tanah 
>Arkitek 
> Jurutera Perunding 
>Peguam
>Subkontraktor
>Ejen-ejen pemasaran 

Sebagai kontraktor perumahan boleh juga menjalankan bisnes pecahan lot banglo yang mana prosesnya lebih mudah.
Saya akan terangkan satu persatu di bab berikutnya.

Walaupun nampak mudah ,industri ini mempunyai undang-undang yang ketat serta urusan kawalan modal dan penjagaan jenama amat penting agar syarikat yang kecil akan dapat berkembang dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment